'Tak
Semua Benda yang Cantik Luaran Itu Adalah yang Baik-Baik Semata'
Kenapa
I-Vet mengatakan Bunga Lily tu BAHAYA? Apa yang bahaya sangat pada kucing bunga
ni eh?
Semua bahagian pada Lily itu toxic pada kucing, boleh menyebabkan keracunan dan kerosakkan buah pinggang yang agak fatal jika dimakan atau dijilat oleh Si Comel anda.
Komponen Oxalate Crystals pada debunga dan tumbuhan tersebut yang menyebabkan
irritation/radang/ lepuhan pada lidah, mulut, pharynx,esophagus dan saluran
usus.
Antara
tanda-tanda klinikal yang boleh dilihat pada 24 jam pertama;
- Hypersalivation- mulut
berair-liur dan berbuih
- Pawing- mengelap mulut
kerana efek gatal/pedih di mulut
- Vomiting-Muntah
- Diarrhoea - Cirit
- Cynotic - Kebiruan dilihat
pada mulut dan hidung
- Lethargy & Depression-
Lemah dan murung
- Dehydrated- Kekurangan air
dalam badan
- Seizure- Sawan
- Hiding -Menyorok dan
menyendiri
- DEATH -KEMATIAN
Tahap toxicity Bunga Lily : Moderate to Severe (Kritikal)
Sekiranya berlaku perkara sebegini di rumah, pastikan anda SEGERA bawa
kucing ke Klinik berdekatan. Dapatkan rawatan intensif segera daripada vet yang
bertauliah.
Rawatan Intensif
Lazimnya, rawatan detoxification dan pemulihan organ akan dilakukan, dan
kucing akan di drip dengan air 24jam selama 3 hari paling minimum, untuk
mencuci/ flushing toxin dalam darah, hati dan buah pinggang selagi mampu
diselamatkan. Tahap keracunan juga bergantung kepada amount toxin yang dimakan
(ingested) oleh kucing tersebut.
Prognosis?
Selalunya doktor akan akan menilai mengikut tanda-tanda klinikal yang
dilihat dan daripada keputusan ujian darah (CBC-Complete Blood Count) dan Ujian
Biokimia untuk menilai tahap injuries di hati (liver), buah pinggang (kidney),
dan usus.
Take Home Message
Owner perlu lebih teliti sekiranya ingin membawa pulang bunga ke rumah
atau ingin menanam bunga-bunga cantic di taman. Dikhuatiri keindahan bunga
tersebut diakhiri dengan tangisan suram.
Klinik Haiwan I-Vet Petcare, Shah Alam
@Seksyen 23 (03-55453560)
@Alam Avenue 2 (03-55243560)
No comments:
Post a Comment