Cirit-birit @ Cer-berry @Najis lembik @ Pasty/watery Stool..
Semua tu maksudnya Diarrhea..*terminologi omputeh*
Macam mana nak tau kucing tu cirit?
- Tengok konsistensi najis; keras ke, lembik-lembik pasty atau berair mcm kencing
- Dehidrasi (kering kontang, layu tak cukup air)
- Lethargy (lemah longlai) -badan tak cukup air dan energy
- Turun berat badan, sebab makan tak dicerna baik menjadi otot
- Muntah, sesetengah kucing akan muntah krn fisiologi dan tidak seimbang
Apa nak buat?
- Bagi makan labu (pumpkin) -rebus dengan ayam@ ikan dan lenyekkan
- Ubat cacing setiap 3-6 bulan
- Bawa ke klinik Haiwan untuk rawatan lanjut; test najis, rawatan ubat cirit, masukkan air dalam badan jika dehidrasi
Ok, di bawah ni saya ada buat artikel untuk Majalah Hai Meow edisi tak ingat dah.. hehehe.. tapi ayatnya lebih teratur dan bersopan.. ada yang menggunakan perkataan Inggeris, sebab explaination BM agak panjang dan x sampai maksud sebenar.
Apakah itu cirit birit?
Cirit-birit atau terma perubatannya dipanggil
‘Diarrhoea’ dilihat apabila frekuensi/kekerapan
najis yang dihasilkan lebih daripada normal dengan konsistensi najis yang
lembik atau berair. Diarrhoea yang tidak dikawal boleh menyebabkan dehidrasi
dan ketidak-keseimbangan elektrolit dalam badan, gangguan pada pencernaan dan
penyerapan nutrient dan kelesuan.
Adakah ia symptom biasa
atau penyakit kepada anak kucing?
Cirit-birit bukanlah satu keadaan yang dianggap normal pada
kesihatan anak kucing, namun ia juga tidak semestinya adalah satu penyakit. Ada
beberapa faktor yang boleh menyebabkan cirit-birit terutamanya dikalangan anak
kucing. Antaranya;
a. Stress – kerana perubahan
makanan atau tempat persekitaraan, takut, sakit, perut sensitif. Keadaan ini
hanyala bersifat semntara sahaja, dan kadang kala najis boleh kembali normal
tanpa apa-apa rawatan
b. Keracunan/Toxic – bahan
kimia, bahan-bahan toxic di rumah pada kadar yg rendah
c. Parasit – Selalunya
jangkitan endoparasit seperti; masalah kecacingan (Hookworm dan roundworm) boleh menyebabkan cirit-birit kerana cacing
ini akan memenuhi ruang usus dan menganggu sistem pencernaan anak kucing
tersebut selain menyebabkan radang sepanjang saluran usus.
d. Kuman (Virus &
Bakteria)- Jangkitan virus dan bakteria
juga merupakan antara faktor besar anak-anak kucing dilihat mengalami
cirit-birit, terutamanya bagi yang tidak pernah vaksin dan menerima rawatan
nyah-parasit. Masalah kecacingan yang sedia-ada juga boleh mengundang kepada
‘secondary bacterial infection’ atau pun jangkitan virus kerana stress dan
immunity badan yang lemah.
Bagaimana faktor-faktor di
atas boleh menyebabkan cirit-birit?
Diarrhoea boleh terjadi apabila terdapat radang di dalam
salur pencernaan kucing oleh disebabkan oleh faktor-faktor di atas. Tahap keradangan (extension of irritation) tersebut
yang menentukan cirit tersebut dikategori ‘mild’ atau pun teruk.
Bagaimana pemilik boleh
mengenal pasti anak kucing mereka mengalami cirit birit?
Pemilik perlulah peka dengan keadaan anak kucing mereka,
terutamanya yang berumur 1bulan hingga 6 bulan, kerana mereka ini lebih
sensitif berbanding kucing yang lebih besar. Buat ‘daily observation’ pada
selera makan, najis dan kencing mereka, tingkahlaku samada aktif atau pun
monyok. Sekiranya didapati anak kucing mereka nampak lesu, dengan najis yang
cair, terus dapatkan khidmat rawatan klinik haiwan. Kerana pencegahan dan rawatan
awal sangat penting untuk outcome yang lebih baik. Kos rawatan juga lebih
rendah berbanding rawatan semasa kritikal.
Cirit-Birit yang
berlarutan lebih 24jam adakah boleh mengundang risiko kepada anak kucing?
Bergantung pada jenis cirit dan keadaan semasa anak kucing
tersebut. Sekiranya cirit dengan keadaan badan yang lemah risikonya lebih besar
Nasihat doktor bagaimana
cara terbaik untuk mengatasi cirit birit ini? Panduannya?
Langkah pencegahan perlu diambil titikberatkan, seperti
vaksinasi, deworming, dan anti-parasitic seawal umur 2-3 bulan mengikut jadual
yang diberikan oleh vet anda. Berikan makanan yang berkualiti mengikut fasa
umur mereka, kerana formulasi nutrient dan proteinnya adalah berbeza mengikut
keperluan umur.
Klinik Haiwan I-Vet Petcare, Shah Alam
@Seksyen 23 (03-55354560)
@Alam Avenue 2 (03-55243560)