Monday, 11 January 2016

MAKSUD DI SEBALIK WARNA & CORAK KUCING


SHAH ALAM
11 Januari 2016

JOM KENALI KUCING KITA!



Mesti ramai dikalangan mommy-daddy furry yang tak tau apa nama corak atau warna kucing mereka kan? Nak kata putih, macam asap-asap.. nak kata oren tapi macam bercapuk sana sini.. Jom, kita belajar nama-nama asas corak si bulus anda.

Solid/Self
Kucing yang hanya dilihat dengan SATU warna sahaja. Namun, ada juga kucing yang semasa kitten hanya satu warna, tetapi selepas mencapai umur matang dia menjadi satu tompokan/belak warna sekunder. Apabila mempunya lebih dari dua warna, kucing itu tidak dikira sebagai warna solid lagi


 
Tabby
Merupakan corak yang paling lazim dilihat pada kucing. Tabby ni ada 4 jenis; 

  • Makeral (ala, berbelang macam ikan makeral tu)
  • Marbled
  • Spotted (bitnik-bintik bulat) 
  • Ticked (takde marking yang jelas, warna blended sekata).  Nak tau macam mana? Boleh tengok gambar disebelah




Bicolor
Mempunyai 2 warna sahaja. Warna putih bersama dengan satu warna solid lain atau wana/design tabby. Bicolor ini kerap dilihat pada mixbreed cat namun, masih juga boleh dilihat pada baka-baka yang lain.


Tortoiseshell
Satu campuran warna oren dan hitam yang konsisten dan sekata. Lazimnya dilihat pada kucing betina, kerana percaturan genetik. Kalau nak tau macam mana the magic of genetics, boleh baca di lain entri pulak.. panjang dan berbirat pulak nanti otak nak digest.. hehehe

Calico/ Tricolor
Mempunyai TIGA warna; putih, oren dan hitam. Seperti Tortoiseshell juga, lazimnya dilihat pada kucing BETINA. Kenapa? Faktor genetik yang memegang kod warna oleh kromosom X.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan fizikal kucing anda boleh diajukan melalui Facebook: I Vet Petcare atau datang melawat kami di Klinik Haiwan I-Vet Petcare Shah Alam. Kehadiran anda dan si comel amatlah dialu-alukan.

I-Vet Petcare Seksyen 23 (03-55453560)
I-Vet Petcare Alam Avenue 2, Padang Jawa (03-55243560)




*Pictures credited to messybeast & catsite







No comments:

Post a Comment