'Kucing dah beranak-pinak, nak bela banyak-banyak tak mampu. Nak kurungkan tak sampai hati..Nak mandulkan, mak cakap dosa..Buang kat pasar je la, ada jugak makanan dia nak makan'
Tahukah anda?
Kes-kes kemalangan & penganiayaan yang kami dapati daripada kucing buangan paling tinggi di pasar dan restoran.
- Kaki tangan kucing dipotong kerana mencuri ikan
- Separuh kulit badan tersiat disimbah minyak panas
- Anak kucing berkeliaran dilanggar lori pemunggah
- Anak kucing sakit kesejukkan tanpa ibu
Mungkin itu TIDAK BERDOSA..
5 SEBAB KENAPA PERLU MANDULKAN KUCING
· Kawal
populasi kucing terbiar
Terlalu
banyak anak-anak kucing terbiar dan dibuang ke pasar, longkang, dan
restoren-restoren. Anak terlalu kecil terbiar kebuluran kesejukan tanpa
perlindungan dan ada yang dilanggar kereta. Dimanakah belas ihsan dan perasaan
takut dosa? Jadi, betulkan niat kita memandulkan kucing untuk kebaikkan
bersama. Populasi terlalu banyak tanpa kawalan menyebabkan owner terbeban
dengan isu masa, tenaga dan kewangan untuk tanggungan.
·
Kucing lebih sihat dan terpelihara
Pemandulan
mengurangkan risiko kanser rahim dan testikel, kanser prostate bagi kucing
jantan dan mammary bagi kucing betina. Oleh itu, boleh memanjangkan jangka
hayat kucing anda, In Sha Allah.
·
Kurang risiko jangkitan
Apabila
kucing telah dimandulkan, mereka lebih gemar untuk berada di dalam rumah pada
suasana yang selamat. Tidak merayap keluar mencari pasangan atau kawasan. Ini
mengelakkan kucing daripada bergaduh, luka digigit, kemalangan jalan raya, dan jangkitan
penyakit seperti leukemia, Parvo virus, kutu dan sebagainya
·
Kebersihan
Kucing
jantan dewasa gemar untuk memancut untuk menandakan kawasan di dalam rumah atau
di luar. Memandulkan boleh menghentikan/mengurangkan ‘spraying’
·
Isu komuniti setempat
Kawalan
populasi haiwan ini penting untuk menjaya ketenteraman komuniti setempat,
kerana populasi tidak terkawal boleh mengundang kemarahan jiran tetangga,
penangkapan haiwan terbiar oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan akhirnya
‘pembunuhan’ haiwan besar-besaran dengan PTS kan mereka. Adakah ini yang kita
mahu budayakan dalam masyarakat kita? Lesen membunuh haiwan dengan cara
terhormat?
Jom didik anak-anak generasi depan untuk lebih penyayang!
Fakta pemandulan
1. Mandulkan pada umur 6 bulan ke atas
2. Sebaiknya complete vaksin
3. Bius penuh (GA) diberikan semasa prosidur surgery
4. Ubat dan antibiotic perlu dihabiskan mengikut tempoh yang diberikan
5. Kucing betina perlu ‘cage rest’ selama 7 hari untuk tempoh penyembuhkan luka dan mengelakkan jahitan terbuka
I-Vet Rakan Kucing Anda
I-Vet sangat menggalakkan rakan kucing mereka untuk belajar dan memahami keperluan kucing-kucing mereka bukan sekadar sayang dan bermain, tetapi lebih peka dan perihatin terhadap keperluan dan kebajikan mereka. I-Vet juga kerap berinteraksi dan menyediakan ruangan artikel kesihatan kucing dan E-Book PERCUMA kepada semua Rakan I-Vet kami.
Ingin menjadi Rakan I-Vet? Ikut steps di bawah;
1. Isikan Sign-up Form Rakan I-Vet atau;
2. Emailkan kepada ivetpro.info@gmail.com
Taip: Rakan I-Vet [NAMA ANDA] [NO.TELEFON][NAMA KUCING]