‘JANGAN TUNGGU LAMA,
BERTINDAK SEGERA!’
Siapa pernah alami
apabila KUCING kesayangan anda demam panas terutamanya di tengah-tengah malam,
dikala semua klinik tutup. Terdetik di benak otak nak bagi sikit Paracetamol
(PCM) syrup, ubat demam kanak-kanak tu. Alah, takat bagi sikit je pun bukannya
effect apa.. tengok-tengok esok pagi muka si comel anda membengkak, badan
lemah-longlai, mata hitam membesar dan naik kekuningan. KENAPA??
Paracetamol (PCM)
Toxicity adalah antara kes-kes yang agak lazim diterima di kebanyakkan klinik-klinik
haiwan, akibat daripada kealpaan dan sikap ambil mudah pemilik kucing. Ada yang
kata, 'Saya bagi kucing saya PCM terus baik demam dia'. Ya betul, paracetamol
berfungsi untuk menurunkan suhu badan, tetapi after effect dia kepada haiwan
(kucing & anjing) adalah berbahaya dan boleh membawa MAUT jika terlebih
dose. Adakah kita tahu brapa dose yang selamat? Kenapa perlu ambil risiko?
Komponen di dalam
paracetamol itu boleh merosakkan ability sel darah merah untuk mengangkut
oksigen, menyebabkan perubahan fisiologi terhadap kerosakkan tersebut. Apabila system
badan mula berinteraksi secara kimia dengan paracetamol, menyebabkan beberapa
perubahan klinikal yang boleh dilihat dengan mata kasar dalam tempoh 24jam
seperti;
- sesak nafas,
- muka dan badan membengkak (edematous),
- kekuningan (jaundice)
- terbaring lemah (lateral recumbency)
Di Klinik Haiwan
I-Vet, rawatan kecemasan akan dilakukan secara (medically dan physically)
dengan memasukkan drip air secara IV (intraveneous) untuk nyah toxin secara
perkumuhan, rawatan anti-oxidant, meningkatkan kembali suhu badan dengan hot
pad, dan beberapa prosedur lain mengikut tempoh pengambilan paracetamol
tersebut.
Tempoh toxicity (tempoh masa dari pengambilan Paracetamol) adalah penting
untuk menentukan prognosis (outcome) kes ini. Sekiranya ia berlaku kurang dari 4 jam, pendekatan lain yang less invasive boleh
dilakukan untuk mengurangkan kadar penyerapan ubat ke sistem badan. Jika ia
berlaku lebih daripada 4 jam,
penyerapan ubat adalah maksimum dan procedure reverse-effect menjadi lebih rumit dan menyebabkan poor prognosis.
Kes seumpama ini
dianggap KECEMASAN dan boleh
mengundang maut! Jika anda mengalami situasi sebegini, jangan berlengah. Segeralah
ke klinik-klinik haiwan berhampiran;
Klinik Haiwan I-Vet Petcare Shah Alam.
@Seksyen 23 (03-55453560)
@Alam Avenue 2, Padang Jawa (03-55243560)
Untuk informasi lanjut
berkaitan kucing anda, follow Facebook kami: I Vet Petcare agar dapat kita berkongsi ilmu dihujung minggu!
No comments:
Post a Comment