KENAPA PERLU C-SECTION?
Malang tidak berbau, musibah tidak menanti, jangan leka
jangan tunggu, BERTINDAKLAH SEGERA
Semua mommy furries mesti happy kan , nak-nak bila tau si
bulus yang disayangi dah mengandung. Apatah lagi kalau yang menanti kelahiran
kucing yang memang dihantar ‘mating’ tu. Atau pun si comel yang dah
‘termengandung’ tanpa dikawal.
Tempoh mengandung bagi kucing lazimnya anggaran selama 65
hari dari tarikh mating. Peringkat awal kandungan agak sukar untuk dipastikan,
namun beberapa signs yang boleh dilihat seperti perut membesar dan puting yang
mengeras.
Terdapat 3 tahap kelahahiran mommy-cat yang boleh
diperhatikan;
Stage I
Tempoh kelahiran stage I mengambil masa 6-12 jam, di mana
kucing tersebut kelihatan resah kerana kontraksi yang tinggi, sering menunjukkan
‘nesting behaviour’ dan pernafasan yang laju dan berombak.
Stage II
Dikala fetus keluar daripada birth canal ibunya. Kontraksi
lebih ketara dilihat ketika meneran keluar.
AWAS, sekiranya tempoh kelahiran tidak progresif, anda
hendaklah segera bawa ke klinik veterinar berdekatan untuk rawatan lanjut.
- Jika tempoh kandungan melebihi 70 hari
- Keadaan ibu kucing yang terlalu lemah dan sakit
- Stage I berterusan melebihi 24jam tanpa kelahiran walau satu pun anak
- Tempoh rehat antara kontraksi terlalu lama melebihi 4-5jam
- Jika terdapat bau busuk dari kawasan vagina
KENAPA DISTOKIA BOLEH TERJADI?
Faktor Ibu
·
Bentuk Tulang pinggul/ Laluan kelahiran yang sempit
disebabkan kejadian semula jadi atau pun patah kerana kemalangan
·
Kontraksi Rahim yang lemah semasa tempoh
kelahiran, boleh disebabkan exhaustion (kepenatan)
Faktor Anak
- Saiz anak yang besar, boleh disebabkan baka dari pejantan yang besar atau pembentukan semulajadi anak yang besar dan tidak dapat melepasi laluan kelahiran (birth canal)
- Posisi kelahiran. Anak kucing lazimnya lahir dengan posisi kepala dahulu atau kaki depan keluar dulu. Sekiranya posisi anak yang terbalik boleh menyebabkan tersangkut pada laluan keluar.
- Kecacatan fetus juga bole mengganggu laluan kelahiran, seperti kepala besar (hydrocephalus), kematian fetus dalam kandungan juga boleh menghalang laluan jalan sekiranya tidak dapat diteran keluar oleh ibu, dan boleh mengakibatkan masalah kepada kelahiran yang lain.
·
PEMERIKSAAN VET
1.
Doktor Vet akan memeriksa keadaan kucing
tersebut dari aspek kondisi keseluruhan, pemeriksaan vagina-laluan keluar
(birth canal) buka sepenuhnya atau sempit,
2.
Viability anak dalam kandungan, pergerakan
fetus, dikhuatiri ada berlaku kematian didalam kandungan.
3.
X-ray (kes yang lebih berat) sekiranya
dikhuatiri posisi anak yang tersangkut ataupun jika dirasakan tulang pelvic
yang sempit atau bagi kucing yang pernah alami kemalangan.
Rawatan Dystocia pada kucing
1.
Sekiranya kontraksi dirasakan lemah dan fasa
rehat antara kontraksi terlalu lama, kucing tersebut akan diberikan suntikan
bagi meningkatkan kontraksi Rahim
2.
Sekiranya ibu kucing dilihat terlalu
resah/nervous sehingga mengganggu kelahiran, sedikit sedative pada dose yang
rendah akan diberikan untuk menenangkannya.
3.
Sekiranya tempoh kelahiran prolonged atau
terlalu lama menyebabkan paras gula menurun dan kehilangan tenaga, ibu kucing
tersebut akan diberikan Kalsium dan suntikan tertentu untuk meningkatkan balik
kontraksi Rahim.
4.
Namun sekiranya, berlaku gangguan/ halangan pada
birth canal dan semua rawatan di atas tidak Berjaya, doctor akan menjalankan
surgeri C-section (caesarean) sebagai langkah terakhir atau jika dirasakan kes
tersebut kritikal dan kecemasan, bagi menyelamatkan ibu dan anak-anak yang
masih hidup.
Walaubagaimana pun, semua mommy-daddy furries janganlah
terlalu risau jika kucing anda mengandung, tidak semua kucing alami perkara
yang sama. You just enjoy and cherish the moments, temankan kucing anda dan
sering perhatikan setiap perubahan fizikal dan behaviour mereka. Peka dengan
keperluan mereka, kerana mereka tidak boleh bercakap untuk menjelaskan sesuatu.
Klinik Haiwan I-Vet Petcare Shah Alam.
@Seksyen 23 (03-55453560)
@Alam Avenue 2, Padang Jawa (03-55243560)
www.ivetpetcare.com
*gambar daripada carian google
ada ke rawatan kecemasan kucing tidak boleh beranak semasa tengah malam boleh ke bagi tahu caranya...
ReplyDeleteKucing saya tidak boleh beranak,nampak mcm anak dia keluar separuh dan dah mati,apa yg perlu saya buat?
ReplyDeleteAdakah kucing sy lahirkan ank secara x normal ? Kerana kucing sy hnya beranak utk 1 ekor dlm tempoh masa 12 jam. Selebihnya masih di dlm perut ibunya.dan apa yg patut sy buat ?
ReplyDelete